Kamis, 08 Oktober 2009

Ajaran Sesat Atau Mazhab?



2,3 hari ini aku asyik memahami satu aliran yg telah lama diperbahaskan.SYIAH..nama yg selalu kita dengar tetapi jarang sekali yg memahami apa itu SYIAH dan ancamannya bagi ummat Islam. Pembentangan Maulana Asri mengenai SYIAH benar-benar membuka mata aku.Sebelum ini aku sekadar mengetahui bahawa SYIAH ialah golongan yg terlalu menyanjung Saidina ALI dan Ahlul Bait sehingga menjejaskan aqidah kita sebagai muslim. Sememangnya sebelum ini aku menganggap golongan ini sesat tetapi tidaklah terlalu keras dan memandang berat trhadap gerakan aliran ini.

Sebelum aku bercerita sedikit mengenai SYIAH ini, suka aku mengajak sahabat-sahabat diluar, para pendakwah dan mereka yg mencintai agama untuk memahami aliran-aliran dan pemikiran-pemikiran sesat yang menyerang ummat Islam khususnya di Malaysia ini. Pemikiran seperti liberalism, sekularisme, feminism, dan bermacam lagi pemikiran sesat yg menggugat aqidah kita sbg Muslim. Isma-isma sesat ini tidak akan dapat dilumpuhkan tanpa persediaan yg rapi dari kita. Semestinya menuntut kita mengkaji dan menyediakan hujah-hujah yg utuh untuk menangkis serangan-serangan anasir jahat ini.Kerana hanya dengan kita mengenali lawan dan musuh sahaja, barulah kita tahu dimana kelemahan dan kekurangan musuh. Siapa lagi jika bukan kita yg brtanggungjawab?

SYIAH merupakan ajaran sesat pertama lahir selepas kewafatan rasulullah dan ajaran sesat yg tertua yg pernah wujud. Tegasnya ingin aku tekankan SYIAH bukan sebuah mazhab atau sebahagian dari Islam. SYIAH tiada kena mengena langsung dengan Islam. Penegasan ini kerana sekian lama ramai lg yg masih menganggap SYIAH adalah cabang dari agama Islam. Mereka bukan sebuah mazhab dalam Islam tetapi sebuah agama baru yg sesat seperti mana ajaran sesat yg lain. Sangat penting utk kita jelas dengan ini kerana ramai yg berlembut terhadap SYIAH dengan alasan masih sebahagian dari Islam. Sesudah memahami ini barulah kita boleh bersifat dengan sifat seorang mukmin iaitu “keras terhadap golongan kuffar dan berkasih sayang sesama Mukmin”.


Bagaimana mungkin kita boleh menganggap mereka sebahagian dari Islam sedangkan semua ibadah langsung tidak sama dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah yg kita pegang. Syahadah mereka berbeza dengan kita.Solat hanya 3 waktu sedangkan kita 5 waktu.Azan,puasa,zakat, haji juga sangat berbeza dengan aqidah muslim dan tiada satu pun yg sama dengan ajaran Islam.Al-Quran yg ada hari ini dikatakan palsu,yg asli hanya akan muncul apabila imam mahdi keluar.Rujukan utama bukan al-Quran dan sunnah tetapi ayatulllah iaitu kitab-kitab muktabar mereka.Mengatakan hadis-hadis yg ada hari ini sedikit pun tiada nilai keranan telah diriwayatkan oleh para sahabat yg murtad. Kebanyakan para sahabat rasulullah seperti Abu Bakar,Umar,Usman dan ramai lagi dikatakan telah murtad.Yang tinggal hanyalah beberapa orang shj.Beginikah ajaran ISLAM?Layakkah kita mengatakan ajaran sebegini adalah sebahagian dalam ISLAM?
Antara perkara penting yg harus kita fahami mengenai SYIAH adalah konsep-konsep mereka yg menyesatkan.Konsep Taqiyyah,Imamah dan Wilayah merupakan kepercayaan yg mesti diimani oleh seorang SYIAH.Taqiyyah – berpura-pura.Imamah – Imam 12, dan Wilayah – warisan Imam 12 tersebut.Untuk memahami konsep-konsep ini lebih mendalam, mungkin sahabat-sahabat,tuan puan boleh membuat sedikit kajian.


Terlalu banyak sebenarnya perbincangan mengenai SYIAH ini. Apa yg aku tulis ini hanya sekelumit dan mungkin tidak sampai pun. Apapun, aku juga ingin tegaskan bahawa SYIAH ini sangat halus menyebarkan dakyah-dakyah mereka. Jika tidak mengenali siapa mereka semestinya sangat mudah terpengaruh dengan aliran ini.Mesti diingat “MEREKA MENYESATKAN ORANG ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN NAMA ISLAM”. Jika dilihat luarannya,mereka sama dengan kita.Mereka berjubah,berserban,berjanggut,dan bertudung.Bahkan kelihatan lebih warak dan hebat penampilan mereka. Tetapi mesti diingat “ISLAM membawa TAUHID tetapi SYIAH membawa SYIRIK”.

Mungkin akan ada yg tidak bersetuju dengan aku mendedahkan keburukan SYIAH kerana akan membawa perpecahan kesatuan ISLAM.Aku juga pernah beranggapan begini.Tetapi bagi aku itu bukan lagi alasan. Jika dilihat bagaimana Negara IRAN yg dulunya adalah berfahaman Ahli Sunnah tetapi sekarang sudah dikuasai SYIAH. Mereka menyusup perlahan-lahan sehingga akhirnya menguasai IRAN.Dan kita sebenarnya di MALAYSIA juga sebenarnya sudah terlalu banyak ajaran-ajaran yg kita rasakan betul tetapi rupanya ajaran SYIAH.Sbg contoh, dimana asalnya Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yg sudah sebati dgn kita org melayu.Padahal dongengnya datang dari ajaran-ajaran SYIAH.

Tidak ada komentar: